Insentif Penjagaan Anak

Bagi Wanita Bekerja

Dapatkan insentif RM1,000 terbuka bagi 5000 wanita yang bekerja dan bermajikan

Daftar Sekarang

Insentif Penjagaan Anak

Bagi Wanita Bekerja

Dapatkan insentif RM1,000 terbuka bagi 5000 wanita yang bekerja dan bermajikan

Daftar Sekarang

Berkenaan Program

MamaKerja merupakan antara janji 100 hari Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program 5 Tekad untuk 5 Tahun.

Seramai 5,000 wanita bekerja akan menerima insentif berjumlah RM1,000 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM5 juta.

Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyokong wanita untuk kekal bekerja kerana keterlibatan wanita dalam pekerjaan akan menyumbang secara langsung kepada kemajuan ekonomi negeri.

Insentif ini bertujuan membantu meringankan beban wanita bekerja terhadap penjagaan anak-anak, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke pusat pendidikan dan penjagaan yang selamat dan berkualiti.

Syarat Kelayakan

Program Mama Kerja

Wanita bekerja dan mempunyai majikan

Bukan penerima insentif program ASUH PINTAR atau BINGKAS atau TUNAS

Berdaftar dengan LHDN atau mempunyai caruman KWSP

Berpendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke bawah

Mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah

Rakyat Selangor (lahir atau bermastautin melebihi 10 tahun) dan mengundi di Selangor

Video Panduan Pendaftaran

Soalan Lazim

Program MAMA KERJA diwujudkan untuk menghargai wanita bekerja melalui pemberian bantuan bagi meringankan beban kos penjagaan anak-anak.

Setiap pemohon yang layak akan menerima insentif sebanyak RM1,000, sekali gus.

  • Wanita bekerja yang mempunyai majikan
  • Rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun)
  • Pengundi berdaftar di Selangor (klik/ketik di sini untuk semak Daftar Pemilih)
  • Berpendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke bawah
  • Mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau iSPEKS (Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan bagi sektor kerajaan)
  • Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) orang anak yang berumur 12 tahun dan ke bawah
  • Bukan penerima Skim Bantuan Asuh Pintar, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) atau Skim Bantuan Tadika (TUNAS).

Insentif Mama Kerja akan diberikan kepada 5,000 orang pemohon terawal yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Individu yang berminat boleh membuat permohonan melalui Aplikasi Selangkah.

  • Kad Pengenalan pemohon
  • Kad Pengenalan pasangan
  • MyKid atau Sijil Kelahiran anak / Sijil Anak Angkat
  • Salinan penyata gaji pemohon yang terkini
  • Salinan penyata gaji pasangan yang terkini atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada penyata gaji
  • Salinan penyata bank pemohon
  • Penyata KWSP pemohon yang terkini atau penyata EA atau penyata EC
  • Dokumen pengesahan pengundi Selangor

Semua dokumen yang telah dimuat naik perlu melalui proses semakan yang mengambil masa dalam 21 hari. Anda hanya akan dapat mengemaskini permohonan anda setelah status permohonan anda ditukar kepada “Permohonan Ditolak” dan terdapat butang "Rayuan Semula" di laman Status Permohonan. Sila tekan butang berkenaan dan muat naik dokumen yang tepat dalam masa 5 hari (termasuk Sabtu dan Ahad) dari tarikh status permohonan ditukar. Anda dinasihatkan untuk sentiasa menyemak status permohonan anda di laman Status Permohonan.

Tidak. Hanya pengundi di Selangor yang layak menerima insentif ini.

Ya. Anda cuma perlu mengemukakan salinan Sijil Pengangkatan anda yang sah sebagai bukti.

Surat pengesahan pendapatan beliau perlu disahkan melalui Ahli Parlimen / Ahli Dewan Negeri / Penghulu / Ketua Kampung / Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas / Pesuruhjaya Sumpah.

Permohonan juga boleh dibuat melalui laman sesawang MAMA KERJA.

Ia boleh disemak melalui Aplikasi Selangkah di bahagian butang mama kerja.

Keputusan permohonan anda akan dikeluarkan selepas tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan dihantar.

Penyaluran akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh status permohonan berjaya dikemaskini dalam sistem.

Untuk bantuan, sila hubungi talian hotline Selcare di 1800-22-6600.